Home
Insuran   

Soalan Lazim

Gadai Janji |  Pemilik Rumah |  Maklumat Pinjaman Perumahan |  Keistimewaan Ahli

Apakah keistimewaan Pelan Takaful Gadaijanji yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful Berhad?
Etiqa Takaful Berhad meruapakan peneraju perlindungan Takaful di Bahagian Pinjaman Perumahan sejak 1994. Oleh itu kami mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Beberapa kelebihan boleh didapati di dalam Pelan yang kami tawarkan:-

- Menawarkan sumbangan (Premium) yang termurah
- Menerima penyertaan sehingga umur 65 tahun tanpa pengunderaitan (tanpa Sebarang Pemeiksaan Perubatan atau Pengakuan Kesihatan)
- Melindungi peminjam jika dibersarakan oleh Majikan kerana penyakit gila dan disahkan oleh Lembaga Perubatan yang bertauliah.
- Menawarkan bayaran perubatan yang berjumlah RM 1,000.00 bagi peminjam yang ditimpa hilang upaya kekal.
- Menawarkan khairat kematian yang merangkumi suami atau isteri peminjam dan dua orang anak dengan jumlah keseluruhan mencapai RM 3,000.00.
- Memperkenalkan proses tuntutan yang paling mudah dengan hanya memerlukan sijil kematian yang disahkan bagi maksud tuntutan kematian.

Apakah perlindungan gadaijanji dapat menyelesaikan baki hutang sepenuhnya jika peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal?
Ya, baki pinjaman akan diselesaikan dengan syarat tiada berlaku tunggakan ke atas pinjaman tersebut.

Apakah itu perlindungan Gadaijanji?
Perlindungan gadaijanji adalah perlindungan ke atas Pinjaman atau baki pinjaman jika peminjam meninggal dunia atau hilang keupayaan.